Monday, 16 March 2020

COVID-19 : Kuliah Dhuha Masjid Rusila Dilaksana Dalam Talian

SHARE
Kuliah Dhuha Masjid Rusila.
KUALA TERENGGANU, 16 Mac - Kuliah Dhuha di Masjid Rusila akan dijalankan secara dalam talian mulai Jumaat ini bagi membendung penularan virus COVID-19 yang telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu dibuat setelah Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Zahari Md Azahar mengeluarkan arahan supaya perhimpunan atau program yang melibatkan lebih daripada 100 orang ditangguhkan.

“Sehubungan itu, saya bersetuju untuk menangguhkan program Kuliah Dhuha yang melibatkan kehadiran orang ramai di Masjid Rusila, namun sesi pengajian akan tetap diteruskan secara atas talian (online).


“Penangguhan ini akan bermula pada hari Jumaat, 20 Mac 2020 sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian,” katanya dalam kenyataan itu.

Tambah Abdul Hadi, penyampaian kuliah secara atas talian (online) akan disiarkan secara langsung di Facebook Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Terengganu Kini dan saluran media-media lain.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: