Tuesday, 17 March 2020

COVID-19 : Kerajaan Negeri Ambil Langkah Pro Aktif

SHARE
Wisma Darul Iman turut menutup operasinya bermula esok.


KUALA TERENGGANU, 17 Mac- Kerajaan Terengganu mengadakan taklimat Corona Virus Disease 2019 (COVID-19) kepada Jabatan dan Agensi Kerajaan yang berkaitan industri pelancongan dalam negeri, hari ini.

Dalam program yang berlangsung di Wisma Darul Iman itu, kerajaan negeri yang diwakili Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman mengingatkan keperluan industri pelancongan berkerjasama dalam membantu mengurangkan penularan wabak berkenaan.
Ariffin.

Turut hadir, wakil daripada Jabatan Kesihatan Negeri yang menyampaikan penerangan serta maklumat terkini berkaitan pandemik dan langkah-langkah yang perlu diambil.

Tindakan turut memperlihatkan keputusan kerajaan negeri untuk menutup operasi jabatan-jabatan yang tidak terlibat selaras Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Muhammad Yassin, semalam, bermula esok.

Antara jabatan-jabatan yang terlibat ialah Majlis Sukan Negeri, Urus Setia Penerangan Darul Iman, Taman Tamadun Islam, Jabatan Pelancongan Negeri dan pejabat-pejabat tanah dan daerah serta lain-lain.
Taklimat dan penerangan COVID-19 bersama ketua-ketua jabatan berkaitan pelancongan negeri.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: