Friday, 20 March 2020

COVID-19 : Jangan Sebar Maklumat Palsu Hingga Cetus Suasana Panik - Dr Suhazeli

SHARE
Dr Suhazeli Abdullah.
Oleh: Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU, 20 Mac - Masyarakat diseru agar tidak menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak sahih berkait wabak COVID-19 sehingga mencetuskan suasana panik dalam komuniti.

Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Tengkawang, Dr. Suzeli Abdullah berkata, ada sebahagian masyarakat yang bertindak melulu menyebarkan berita-berita yang belum ternyata kesahihannya.

Sedangkan katanya, hal berkenaan di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum diputuskan di mana akan mengenal pasti terlebih terdahulu serta menjadi amalan kakitangan kesihatan mengambil langkah berhati-hati.

Di peringkat KKM telah mengenal pasti beberapa kaedah mengesan virus COVID-19 melalui saringan melibatkan seluruh hospital, pusat kesihatan serta pejabat kesihatan seluruh negara.

"Di mana kita telah membahagikan kepada beberapa golongan saringan yang kita golongkan sama ada orang itu mempunyai tanda-tanda ataupun tidak dan kalau mempunyai tanda-tanda kita akan bahagikan kepada dua sama ada teruk atau biasa," ujarnya.

Tambah beliau, jika keadaan pesakit teruk, mereka akan dirujuk terus ke hospital untuk dirawat secara sokongan.

"Manakala bagi yang ada tanda-tanda awal, kita akan kuarantin di tempat-tempat yang telah ditentukan di seluruh negara," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung melalui Kuliah Dhuha Masjid Rusila yang disampaikan Ahli Parlimen Marang, Dato Seri Abdul Hadi Awang, hari ini.

Katanya, walaupun wabak ini boleh dikesan melalui tanda-tanda biasa ketika disaring melalui empat tanda utama iaitu, demam, batuk, sesak nafas, sakit kerongkong dan selesema, namun komplikasinya amat dibimbangi.

"Komplikasi yang kita risau jangkitan ke dalam paru-paru (Ammonia) yang boleh menyebabkan merosakkan badan manusia.

"Dan merebak ke seluruh badan, jantung, buah pinggang dan seterusnya pergi ke otak yang akhirnya boleh membawa kepada kematian," ujarnya.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: