Thursday, 19 March 2020

COVID-19 : Doa Menghadapi Wabak

SHARE
Mufti Terengganu, Dato' Dr Zulkifly Muda.
SOAL JAWAB AGAMA
19 Mac 2020 

#Soalan ke-69

DOA MENGHADAPI WABAK

Soalan:

Dalam menghadapi situasi merebaknya COVID 19 ini, kami memohon pihak SS Mufti supaya sentiasa mendoakan kesejahteraan bagi kaum muslimin khususnya di negeri Terengganu Darul Iman.

Jawapan:

Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada kaum muslimin terutama di negeri Terengganu yang tercinta ini. Inilah doa saya: 

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى أله وصحبه أجمعين

SEGALA PUJIAN BAGIMU YA ALLAH PEMBERI RAHMAT,

ENGKAULAH YANG KAMI SEMBAH DAN KAMI MAKRIFAT,

ENGKAULAH MENTADBIR DENGAN QUDRAT DAN IRADAT,

KEPADA ENGKAU KAMI MENGADU SAAT SENANG DAN MELARAT,

KEPADA ENGKAU KAMI MENADAH TANGAN BILA BICARA TERSEKAT,

اللهم صل على سيدنا محمد صلاة نسالك بها طب القلوب ودواءها وعافية الابدان وشفاءها ونور الابصار وضياءها

YA ALLAH

MELIHAT SEGALA MUSIBAH DAN PENYAKIT YANG MEREBAK,

KETAKUTAN MENYELUBUNGI KAMI BILA IA JADI WABAK,

TOLONGLAH KAMI DALAM MENGHADAPI SUASANA TERDESAK,

HILANGKAN SEGALA KERESAHAN YANG MEMUNCAK,

اللهم عافنا في أبداننا وعافنا في أسماعنا وعافنا في أبصارنا

YA ALLAH

KALAU ADA WABAK DALAM NEGERI KAMI, ENGKAU HANCURKAN,

KALAU IA DALAM MASYARAKAT KAMI, ENGKAU MUSNAHKAN,

KALAU IA DALAM KELUARGA KAMI, ENGKAU HINDARKAN,

KALAU IA DALAM DIRI KAMI, ENGKAU LONTARKAN,

اللهم انا نعوذ بك من البرص والجنون والجذام وسيئ الأسقام

DENGAN NAMAMU TUHAN YANG BERSIFAT RAHMAN,

HILANGKAN SEGALA KETAKUTAN DAN KEMUDARATAN,

SAMA ADA DI BUMI, LANGIT, DARATAN DAN LAUTAN,

ENGKAU PENDENGAR DOA SEGALA PERMINTAAN,

HAMBAMU, DENGAN RAHMATMU BERTAUTAN,

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شئ في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم

YA ALLAH

ENGKAU JADIKAN KAUM HAWA DI SAMPING LELAKI,

ENGKAU JADIKAN KANAN DI SAMPING KIRI,

ENGKAU JADIKAN AIR DI SAMPING API,

ENGKAU JADIKAN KERIUHAN DI SAMPING SUNYI,

MAKA KURNIAKAN BAGI KAMI PENAWAR YANG MENGUBATI,

DENGAN ITU HASANAH DI DUNIA KAMI PEROLEHI,

KESEJAHTERAAN HASANAH UKHRAWI KAMI DAPATI,

ربنا أتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى أله وأصحابه وسلم والحمدلله رب العالمين
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: