Tuesday, 31 March 2020

COVID-19 : Cadangan Sistem Giliran Kenderaan Ditangguhkan

SHARE

KUALA TERENGGANU, 31 Mac - Polis Terengganu menangguhkan pelaksanaan sistem penggiliran mengikut nombor pendaftaran kenderaan di atas jalan raya menerusi Perintah kawalan Pergerakan (PKP) yang dijadualkan bermula esok 1 April 2020 .

Ketua Polis Terengganu, Dato' Roslee Chik berkata penangguhan itu dilakukan bagi membolehkan kajian lebih lanjut dan terperinci dijalankan.

“Perancangan kita untuk melaksanakan giliran nombor plat pada esok, 1 April terpaksa ditangguhkan kerana memerlukan kajian impak yang lebih terperinci.

“Sebab banyak komen yang kita terima, ada yang baik ada yang tidak menyenangkan. Justeru saya dengan ini mengesahkan bahawa pelaksanaan penggiliran nombor plat kenderaan pagi esok terpaksa kita tangguhkan,” katanya dalam satu kenyataan pada petang ini.

Sebelum ini, Polis Terengganu mengeluarkan satu kenyataan bahawa pihaknya akan memperketatkan Perintah kawalan Pergerakan(PKP) fasa dua bagi tujuan mengawal pergerakan orang ramai yang keluar tanpa sebab dan alasan kukuh.

PDRM akan melaksanakan arahan penggiliran keluar kenderaan mengikut nombor genap dan ganjil iaitu nombor plat terakhir bagi mengurangkan 50 peratus jumlah kenderaan di atas jalan raya termasuk motosikal.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: