Friday, 20 March 2020

COVID-19 : Beberapa Jalan Utama Di Kemaman Ditutup

SHARE

Oleh: Wan Abdul Hadi

KEMAMAN, 20 Mac - Beberapa jalan utama di Kemaman ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan diperketatkan bagi mengekang wabak COVID-19 termasuk jalan ke Bandar Cukai.

Antara jalan-jalan utama yang ditutup, Bandar Chukai ke Balai Polis Kemaman, Kuantan ke Balai Polis Kemaman, Kuala Terengganu ke Balai Polis Kemaman, Air Putih ke Bandar Chukai, Kuantan ke Bandar Chukai dan Kuala Terengganu ke Bandar Chukai.

Jalan-jalan utama ini dilencongkan bagi membataskan pergerakan orang ramai yang masih berdegil dengan Perintah Kawalan Pergerakan tersebut.

Berikutan laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikeluarkan pada petang ini, penambahan 130 kes baharu COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah 1,030 di Malaysia ketika ini.

Orang ramai diminta berada di dalam rumah seperti mana Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac hingga 31 Mac 2020 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: