Thursday, 19 March 2020

COVID-19 : 764 Anggota Polis Dibekukan Cuti Di Terengganu

SHARE
Ketua Polis Terengganu, Dato’ Roslee Chik



 KUALA TERENGGANU, 19 Mac – Seramai 764 anggota polis  daripada pelbagai pangkat dibekukan cuti termasuk yang sedang bercuti dipanggil bertugas bagi memantau perkembangan pergerakan dan aktiviti orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di negeri ini.

Ketua Polis Terengganu, Dato’ Roslee Chik berkata pihaknya menubuhkan pasukan khas yang akan bertugas 24 jam  di negeri  ini terutama sekali tempat-tempat tumpuan orang awan seperti di supermarket-supermarket, pasar-pasar , di restoran-restoran ,pusat-pusat pelancongan bagi memastikan orang awam yang berada di kawasan tersebut bersurai dan kembali ke rumah.

“Memanglah tindakan kita ni menyusahkan orang awam, tapi sebenarnya tindakan kita ini untuk mencegah dari penyakit lebih berjangkit lagi. Jadi saya merayulah kepada semua orang awam di negeri Terengganu ini kalau nak pergi membeli belah itu janganlah bawa anak bini ramai-ramai dalam satu kereta. 

”Kalau perlu pergi sorang, pergi sorang je selepas beli barang balik jangan duduk berkumpul dan bersembang.Peringkat awal ni kita bagi nasihat, kita merayu supaya mereka ni akur dengan arahan-arahan yang kita keluarkan untuk mencegah penyakit ini daripada berjangkit,”ujarnya
.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.

Tambahnya, sekira orang awam masih ingkar, pada satu peringkat pihaknya akan ambil tindakan yang lebih keras mengikut undang-undang di bawah  Akta 342 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

“Setakat ni belum ada apa-apa tindakan lagi, kalau sampai satu peringkat lagi jika keadaan bertambah buruk, kita boleh tangkap kerana  ada akta-akta yang melibatkan penyakit berjangkit ni dibawah Akta 342.

“Akta ini menyebut kuasa-kuasa telah diberikan oleh Menteri Kesihatan dimana Inspektor Atas berkuasa untuk menangkap mereka-mereka ni yang mana mereka boleh didakwa di bawah undang-undang ini,’’ ujar beliau.


Menurut Roslee, bagi menjaga keselamatan pegawai dan anggota polis yang turun untuk bertugas sepanjang tempoh, langkah-langkah pencegahan telah diwajibkan kepada mereka bagi mengelakkan jangkitan virus.

“Langkah-langkah pencegahan ni saya telah mewajibkan kepada semua mereka yang bertugas di inquiry office ataupun pejabat pertanyaan, pakai mask dan juga glove(sarung tangan) dan hand sanitizer sentiasa ada.

“Begitu juga dengan pegawai-pegawai yang bertugas di lapangan ni kena pakai mask dan juga glove untuk mengelakkan daripada jangkitan. Kita takut bila pegawai dijangkiti penyakit ni  tak mustahil nanti kita akan kuarantin satu balai, jadi susah tak ada orang nak buat kerja,” tambahnya.




SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: