Saturday, 28 March 2020

COVID -19 : 4,460 Kilogram Ikan Disumbang Kepada Penduduk DUN Kuala Besut

SHARE


Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 28 Mac - Sebanyak 4,460 kilogram ikan disumbangkan kepada para penduduk DUN Kuala Besut yang terjejas punca rezeki dan terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, beliau bersama dengan Pusat Khidmat DUN berbesar hati membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.

“Saya akan berusaha sedaya upaya bagi membantu masyarakat yang memerlukan dan berharap dengan sumbangan ikan-ikan segar ini mereka yang terjejas merasai lauk di saat yang genting ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas mengagihkan ikan kepada 36 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk dibahagikan kepada penduduk, di sini, pada semalam.

Menurutnya, beliau menyerahkan kepada MPKK DUN Kuala Besut untuk mengenal pasti penduduk yang terjejas seterusnya menyampaikan sumbangan ini.

"In shaa Allah kita akan terus berusaha bagi meringankan beban rakyat di DUN Kula Besut,” ujar beliau.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: