Thursday, 12 March 2020

COVID-19: 20 Kes Baharu Dikesan, Jumlah Terkini 149

SHARE


                                                                               
KUALA LUMPUR, 12 Mac - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 20 lagi kes baharu jangkitan COVID-19, menjadikan kes keseluruhan di Malaysia kepada 149 kes pada Rabu.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh KKM, kes-kes positif berkenaan adalah daripada kalangan pesakit dalam pemantauan (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat dan Misi Bantuan Kemanusiaan.

Daripada jumlah ini, sebanyak 22 kes dikesan di kalangan Patient-Under-Investigation(PUI) jangkitan COVID-19,  124 kes dari kalangan kontak rapat, satu (1) kes dalam kalangan severe acute respiratory infection (SARI) melalui survelan COVID-19 dan dua (2) lagi kes dari Misi Bantuan Kemanusiaan.

Sehingga ini dua (2) kes telah dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan alat pernafasan tetapi dalam keadaan stabil.Daripada dua (2) kes ini, satu (1) kes sedang dirawat di Hospital SungaiBuloh, manakala satu (1) kes lagi dirawat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan yang dihantar kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes ke-78 telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar daripada hospital.Ini menjadikan 26 kes telah pulih sepenuhnya setakat ini dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad.

Di samping itu, KKM juga telah menjalankan survelan COVID-19 bagi mengesan kes terpencil atau sporadik di Malaysia melalui pesakit influenza-like-illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) yang tiada kaitan dengan sejarah perjalanan ke negara-negara yang terjejas atau kontak dengan kes positif COVID-19.

Sehingga 9 Mac 2020, sebanyak 600 sampel (138 SARI dan 462 ILI) telah diuji dan setakat ini satu (1) sampel dikesan positif jangkitan COVID-19. Siasatan masih sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca jangkitan kes sporadik ini.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: