Tuesday, 3 March 2020

Berdakwah Tanggungjawab Bersama - Mohd Nor Hamzah

SHARE

MARANG, 3 Mac - Usaha menyampaikan dakwah demi meningkatkan syiar Islam adalah tanggungjawab bersama dan bukannya terletak di bahu pendakwah dan pihak tertentu sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, oleh itu wakil pemimpin terutamanya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu memainkan peranan dalam setiap aspek agar niat menyampaikan dakwah benar-benar berkesan.

Katanya, pihak itu perlu menjadikan  slot dakwah sebagai perbincangan penting dalam mesyuarat bulanan MPKK.

“’Melaluinya, MPKK perlu turun padang menyampaikan dakwah di kampung-kampung dengan menumpukan golongan belia sebagai sasaran.


“Pada masa sama sewajarnya perlu menyemarakkan program Bulan Penghayatan Ibadah Solat di mana perlu menjadi contoh kepada masyarakat setempat dengan datang awal ke masjid untuk solat berjemaah.

“Mengikuti kuliah-kuliah agama tanpa rasa jemu terutama di waktu Subuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merasmikan Seminar Pendekatan Dakwah, di Dewan Majlis Daerah Marang, di sini hari ini.

Majlis itu diselitkan slot pembentangan kerja kerja bertajuk Kristian Ancaman Terbesar Melalui Gerakan Evagelist; Membudayakan Dakwah Dalam Masyarakat dan Dakwah Bukan Pilihan Tetapi Tuntutan.




Mohd Nor turut memberitahu, pihaknya bercadang mahu menubuhkan Skuad Amar Maaruf Nahi Mungkar di setiap kampung agar perbuatan maksiat dapat dibanteras secara berperingkat-peringkat.

“Melalui penubuhan  yang dianggap cukup penting itu, ia bukan sahaja boleh menyampaikan dakwah secara bersemuka malah boleh mendidik pesalah ke jalan kebaikan,” katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: