Wednesday, 11 March 2020

150 Kontena Sisa Plastik Dikembalikan Ke Negara Pengeksport

SHARE
Tuan Ibrahim ketika memulakan tugas sebagai Menteri di hari pertama.
PUTRAJAYA, 11 Mac  - Sebanyak 150 kontena sisa plastik telah dihantar semula ke negara pengeksport bagi membanteras kemasukkan sisa plastik ke dalam negara.

Menteri Alam Sekitar, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penguatkuasaan bersepadu itu turut akan menghantar baki 84 kontena lagi dalam masa terdekat.

"Usaha ini akan diteruskan oleh Kementerian Alam Sekitar bagi membanteras pengimportan sisa plastik secara haram.

"Antara negara yang terlibat dalam proses itu ialah Belgium, United Kingdom, Perancis dan Vietnam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Kompleks Kerajaan Parcel F11, di sini, hari ini.


Hadir sama, Timbalannya, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim memberitahu, tempoh bagi menyelesaikan penghantaran semula semua kontena sisa plastik itu bergantung kepada dokumen penting yang perlu diteliti.

Selain itu, pemakluman kepada negara pengeksport juga menjadi prosedur yang perlu dijalankan.

"Kontena ini apabila sampai, kita perlu buat pemeriksaan yang sangat teliti.

"Ia bagi mengesahkan ia melanggar peraturan yang kita kuatkuasakan dan kita putuskan bahawa kontena ini akan dihantar balik," katanya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: