Friday, 7 February 2020

Ziarah Medan Pemimpin Bantu Masyarakat

SHARE


Oleh : Izzat Al-Qushairi

SETIU, 7 Februari - Program Ziarah Kasih dari rumah ke rumah yang dianjurkan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit menjadi medan terbaik untuk wakil rakyatnya membantu penduduk di sana.

Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, pelbagai permasalahan rakyat yang melingkari isu ekonomi berjaya ditangani dengan baik melalui aktiviti tersebut

"Rata-rata penghuni rumah yang kita ziarahi kebanyakannya mengalami penyakit strok, kencing manis dan masalah dalaman lain yang kronik.

"Sememangnya program ini wajib diadakan setiap masa, permasalahan rakyat ini adalah tanggungjawab kita bersama," katanya ketika ditemui media selepas program ziarah baru-baru ini.

Menurut beliau, program rumah ke rumah yang diadakan itu mensasarkan lebih 30 buah keluarga dalam sebulan.

Ziarah dilakukan ini kita rekodkan mengikut keutamaan, keperluan dan disusun berdasarkan kategori.

"Diharapkan agar usaha kita ini sebagai mewakili kerajaan negeri, akan memastikan mereka yang kita ziarahi akan merasai kecaknaan serta keprihatinan daripada pihak kerajaan kepada mereka,” katanya.

Tambah beliau, program seumpama itu juga menjadi medium merapatkan ukhuwah antara masyarakat dan pemimpin.

"Berdasarkan konsep masyarakat penyayang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020, ziarah akan membina sebuah komuniti sejahtera," ujarnya.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: