Saturday, 1 February 2020

Wanita Muda, Antara Kerjaya Dan Rumah Tangga

SHARE
Haji Hanafiah ketika menyampaikan ucapan perasmian Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia di Stadium Negeri Kuala Terengganu hatri ini.

KUALA TERENGGANU, 1 Februari – Wanita dinasihatkan supaya lebih bijak mengurus kerjaya sekali gus tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai suri rumahtangga.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kegagalan dalam menguruskan kedua-dua profesion itu menjerumuskan seseorang wanita kepada permasalahan seperti ‘depression’ (kemurungan) dan lain-lain penyakit berkaitan dengan emosi.

Kerana itu katanya permasalahan wanita perlu dikongsi bersama dengan pasangan mereka.

Tetamu dan peserta yang hadir di Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia Kali-1 di Stadium Negeri Kuala Terengganu hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia di Stadium Negeri di sini hari ini dihadiri kira-kira 2,500 wanita muda dari seluruh negara.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Zuraida Md Noor, ADUN Ajil, Ustaz Maliaman Kassim, Penolong Kanan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Sharifah Nabihah Syed Umar, Senator Nuraidah Mohd Salleh dan Pengarah Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia, Mardhiyyah Johari.

Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata, sebahagian besar wanita sekarang terlibat dalam pelbagai pekerjaan sama ada di dalam ataupun di luar rumah.

Wanita Muda antara  kerjaya dan keluarga satu cabaran semasa yang perlu ditempuhi dengan ilmu dan kebijaksanaan.

“Peranan mereka tidak lagi terhad di rumah sebagai ibu mahu pun isteri tetapi juga dalam pelbagai aktiviti pekerjaan di luar rumah termasuk aktiviti ekonomi tidak formal hingga bidang profesional.

“Justeru wanita yang berkerjaya hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mengimbangkan antara kerjaya dan menguruskan rumah tangga,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, kerjaya adalah penting namun mengurus rumah tangga termasuk menjadi ibu dan isteri kepada suami serta anak-anak perlu diberi perhatian serius 

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: