Sunday, 2 February 2020

Undang-Undang Bendung Perbuatan Sihir

SHARE


Oleh: Nooreni Abu Bakar/ Foto: Hanif Abas

KUALA TERENGGANU, 2 Februari- Kerajaan negeri disaran memperuntukkan satu tindakan undang-undang terhadap individu yang menggunakan sihir untuk memporak-perandakan rumahtangga orang lain sehingga berlakunya perceraian.

Pendakwah Bebas, Ahmad Dusuki Abdul Rani berkata, dengan adanya tindakan undang-undang ianya dapat membendung dan seterusnya menghukum perbuatan yang masih berleluasa di kalangan masyarakat.

"Bila mana seseorang individu itu membenci rumah tangga yang dibina pasangan lain, akan ada yang menggunakan sihir untuk merosakkan perkahwinan mereka.

" Menggunakan sihir untuk saling benci membenci pasangan sehingga meruntuhkan rumahtangga. Hari ini banyak sangat berlaku," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang panel Forum Keluarga Bahagia: Kerana Syurga Itu Bukan Percuma sempena Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia yang berlangsung di Stadium Negeri Kuala Terengganu, kelmarin.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Mohd Nor dan Ahli Dewan Negara Negeri Terengganu, Nuridah Mohd Salleh.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: