Saturday, 15 February 2020

Tidak Lokek Gerakkan Kerja Islam

SHARE


Oleh : Aziz Hambali

MARANG, 13 Februari - "Sekalipun kerja kerajaan, menjawat jawatan yang agak tinggi, Allahyarham tetap merendah hati memberi sumbangan kepada jemaah, termasuklah kepada pembangunan PASTI di kampung ini".

Begitulah luahan sayu isteri kepada Allahyarham Haji Abdullah Putih, 60 yang merupakan Ahli Jawatankuasa Cawangan Medan Jaya, yang meninggal dunial beberapa hari lalu.

Abdullah yang memegang jawatan sebagai Pengurus Konsumer Telekom Malaysia (TM) Negeri Terengganu dikatakan antara seorang penyumbang parti. Malah, beliau juga aktif bermasyarakat dengan menjadi Pengerusi Surau yang juga merupakan penyumbang Tetap Pasti Al-Qamar, Medan Jaya.


"Dengan berstatus kerja tersebut, arwah banyak bergiat secara 'underground'. Arwah sakit saraf dan jangkitan kuman pada paru-paru, tahun ini masuk tahun ke-7 beliau sakit dan sudah dua kali pembedahan sehinggalah beliau meninggal dunia di hospital kerana demam dan jangkitan pada paru-paru.

"Doktor kata, arwah mempunyai semangat yang kuat, kalau kena pada orang lain lama sakit terlantar." demikian luah isterinya, Anisah Sulaiman, 60.

Anisah ditemui ketika sesi ziarah mingguan yang diadakan oleh Isteri Ahli Parlimen Marang, To’ Puan Seri Hajjah Zainab Awang Ngah atau lebih mesra dikenali sebagai 'Che Ngah'.

Ziarah berkala secara mingguan, kali ini dilakukan di sekitar Kampung Medan Jaya, Rusila dan Kampung Rhu Rendang yang menumpukan kepada ziarahi pesakit dan kematian disamping menghulurkan sedikit sumbangan.

Turut hadir mengiringi ziarah tersebut ialah Pembantu Penyelia i-MiTS Rhu Rendang, Puan Samsiah Mokhtar dan barisan kepimpinan Hal Ehwal Wanita DUN Rhu Rendang (HALWA).
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: