Thursday, 27 February 2020

Syabas Dan Tahniah Pelajar-Pelajar STPM 2019 Terengganu - Dr Mohd Khairuddin

SHARE

Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS, 27 Februari - Terengganu telah diumumkan sebagai negeri terbaik peringkat kebangsaan bagi keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2019 dengan mendapat purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.02 mengatasi peringkat nasional selama dua tahun berturut-turut.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar STPM 2019 Terengganu kerana melayakkan Terengganu dinobat sebagai pencapaian negeri terbaik Malaysia.

Katanya, hal tersebut berkat kesungguhan pelajar-pelajar dan guru-guru Terengganu yang telah bersusah payah berusaha mencapai keputusan yang cemerlang.

Dr Khairuddin juga berharap agar prestasi yang terbaik ini dikekalkan dan ditingkatkan lagi pada tahun-tahun akan datang.

“Tahniah dan syabas kepada semua pelajar STPM kerana pencapaian terbaik peringkat Malaysia.

“Semua ini adalah berkat kesungguhan baik pelajar-pelajar mahupun guru-guru yang telah bersusah payah berusaha sehingga ketahap ini dan saya berharap agar prestasi terbaik ini dapat dikekalkan dan ditingkatkan lagi pada masa dan tahun-tahun akan datang, “ ujar beliau sewaktu dihubungi wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.

Tambahnya lagi, ia lebih menggembirakan  kerana prestasi kali ini telah meningkat berbanding tahun 2018 yang memperolehi PNGK 2.99.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: