Sunday, 16 February 2020

Sukaneka Medan Menyatukan Komuniti Taman Indah

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 16 Februari- Sukaneka dianjurkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Taman Indah, Al-Muktafi  Billah Shah (AMBS) dengan tema ‘Main, Menang dan Makan’ telah berjaya menjadi medan menyatukan anggota masayarakat taman berkenaan.

Pengerusi MPKK taman tersebut, Zakiah Alias berkata pelbagai pertandingan telah disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

“Kita telah mengenalpasti jenis sukan yang sesuai untuk dipertandingkan agar semua yang hadir semuanya terlibat serta berpeluang memperolehi hadiah disamping adanya cabutan bertuah.

“Alhamdulillah yang hadir dari peringkat anak-anak, semua terhibur dan sangat gembira dengan program diadakan ini,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media mengulas program yang diadakan di Perkarangan Bangunan Komuniti Taman Indah, semalam.

Turut hadir merasmikan program ialah Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.


Diatas kejayaan sukaneka yang diadakan berkenaan, ghazali mengucapkan tahniah dan objektif bagi mengembirakan rakyat tercapai.

“Alhamdulillah Taman Indah merupakan cawangan kedua kita adakan selepas MPKK Dendang, setakat ini hasrat kita bagi menjayakan program sukaneka ini di setiap cawangan masih berjalan lancar.

“Semoga cawangan lain yang akan mengadakan program berkenaan juga berjaya demi menyatupadukan seluruh anggota masyarakat,” ujarnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: