Monday, 3 February 2020

SUK-PUSPANITA Adakan Kursus Protokol & Etiket Sosial

SHARE
Tengku Seri Bijaya Raja (berdiri) sedang menyampaikan kursus kepada ahli PUSPANITA di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU, 3 Februari - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Terengganu mengadakan Kursus Protokol & Etiket Sosial di Primula Beach Hotel di sini mulai semalam hingga hari ini.

Pengerusi PUSPANITA Negeri, To' Puan Sharifah Nor Madiah Syed Omar  berkata, kursus selama dua hari itu disampaikan oleh Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja.

Katanya, matlamat utama adalah bagi menyediakan pegawai dan individu yang berilmu untuk menghadiri majlis-majlis rasmi dan keramaian.

Kursus diselang seli dengan kisah-kisah lucu berkait dengan protokol dan etiket sosial di kalangan kakitangan kerajaan.
Kursus itu telah dihadiri oleh 45 orang peserta.

Menurutnya, mereka didedahkan kepada etiket majlis jamuan mengikut peraturan serta protokol majlis rasmi kerajaan.

Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sini semalam.

PUSPANITA telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Ahli PUSPANITA menumpukan perhatian kepada kursus yang disampaikan oleh Tengku Seri Bijaya Raja.
Di peringkat awal penubuhannya, PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli.



Cawangannya dibuka di seluruh negara termasuk di Terengganu.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: