Wednesday, 5 February 2020

Sertai Kelas Jahitan Bantu Suami

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 5 Februari - Rata-rata peserta yang mengikuti Kelas Jahitan Komuniti anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu berniat murni ingin membantu suami bagi menambah pendapatan.

Salah seorang peserta kelas jahitan berkenaan, Nor Suarma Mat Adam berkata, beliau begitu teruja menyertainya.

“Sebagai suri rumah sudah tentu saya mempunyai keazaman yang tinggi bagi membantu suami.

“Dengan memiliki kemahiran yang bakal diperolehi dari kelas ini dapat saya membuat kerja dari rumah serta didalam masa yang sama dapat menumpukan urusan rumah tangga,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media, di kelas jahitan berkenaan yang diadakan di Balairaya Kampung Panchor Jerangau bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, hari ini.

Kelas hari pertama berkenaan turut dikunjungi oleh Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi, Zakiah Alias.


Bagi Asmuzaila Zahari, 36, pula berkata, dia mendapat tahu tentang program berkenaan melalui kain rentang yang diiklankan.

“Memang dah lama teringin hendak menyertai bagi meluaskan lagi ilmu jahitan terutamanya bagi menjahit baju kemeja.

“Sudah tentu saya berniat bagi menambah pendapatan suami, tetapi saya dimaklumkan kelas telah penuh dan terpaksa memulakan pada bulan tujuh nanti setelah yang mula berkursus pada hari ini menamatkan kursus,” jelasnya.

Tenaga pengajarnya, Muizatu Akmar Man berkata kelas yang bermula pada hari ini disertai 18 orang.

“Dimana peserta dibahagikan kepada dua sesi iaitu sebelah pagi dan petang dan perlu mengikuti kelas jahitan berkenaan selama enam bulan. Peserta didedahkan dengan kemahiran mengikut modul bagi menghasilkan baju melayu, baju kurung serta kurung moden, seluar panjang serta baju kemeja,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zakiah Alias berpendapat kelas berkenaan amat berbaloi untuk disertai dengan yuran hanya RM150 untuk enam bulan, turut merancang bagi mengadakan tazkirah khas.

“Dengan mengadakan tazkirah selama 15 minit agar mereka bersemangat menyelusuri kehidupan, serta tidak mudah berputus asa serta sentiasa bersungguh-sungguh belajar berniat bagi menjadi usahawan dimasa akan datang.

“Dimana saya dimaklumkan bagi peserta yang menamatkan kursus layak untuk memohon pinjaman,” jelasnya.

“Secara tidak langsung telah dapat menjimatkan sejumlah wang perbelanjaan, terutamanya ketika musim perayaan, kos bagi membeli baju melayu dan baju kurung agak tinggi pada masa kini maka sudah tentu membebankan bagi mereka yang tidak berkemampuan,” ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: