Sunday, 16 February 2020

Razali Penasihat Undang-Undang Baru Terengganu

SHARE

KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Bekas Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah, Dato’ Razali Che Ani dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang Terengganu yang baharu berkuat kuasa semalam.

Pelantikan Razali bagi menggantikan Dato’ Azhar Abdul Hamid dan diumumkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebentar tadi.

“Tahniah kepada Dato’ Razali  Che Ani atas pelantikan sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu yang baharu bermula 15 Februari yang lalu.

“Saya yakin beliau mampu lakukan yang terbaik demi kesejahteraan Terengganu. Semoga beliau dipermudahkan segala urusan dalam menggalas tanggungjawab ini dan berjalanlah di atas keberkatan Allah SWT,” ujarnya.

Terdahulu Ahmad Samsuri turut merakamkan penghargaan kepada Azhar atas sumbangannya membangunkan negeri Terengganu.

“Kerajaan negeri amat berterima kasih atas segala khidmat beliau kerana sama-sama membangunkan negeri Terengganu dengan penuh dedikasi.

“Beliau juga seorang sahabat yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya untuk mengemudi negeri ini,” tambah beliau.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: