Sunday, 9 February 2020

Rakyat Terengganu Cinta Ilmu, Harus Sampai ke Hujung Papua

SHARE
 


Oleh: Aslam Wira

KUALA TERENGGANU, 9 Februari - Rakyat Terengganu sememangnya cintakan ilmu seperti dinyatakan oleh pendakwah terkenal, Dr. Ustaz Abdul Somad dari Indonesia dalam ceramah perdana beliau, semalam.

"Hai Abdul Somad, kau belum tahu bagaimana orang Terengganu mendengar tazkirah, inilah orang Terengganu sesungguhnya, bahawa cerita ini mesti kau bawa dari Pulau Sabang di hujung Acheh sampai ke hujung Papua, yang kau pernah sampai di Terengganu bertazkirah, hujan lebat datang mereka tetap bertahan, “katanya.

Beliau berkata ketika menyampaikan ceramah perdana dalam program anjuran Kerajaan Negeri, Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera di Dataran Jambatan Angkat Kuala Nerus, malam tadi..
Beliau berkata "mengapa malam ini Allah buatkan hujan, mengapa malam ini Allah turunkan air, sebenarnya Allah nak tunjukkan kepada Ustaz Abdul Somad keperibadian dan semangat orang Terengganu dalam menuntu ilmu dan mendampingi ulama.

“Ucapan daripada Ustaz Mohd Nor Hamzah, saya ke terengganu untuk memperkasakan dakwah, tetapi saya rasa saya yang sebenarnya diperkasakan oleh rakyat Terengganu.

”Bila di masjid ramai itu biasa, bila di surau ramai itu biasa, tetapi bila di padang, dalam hujan lebat, orang masih ramai dan tidak berkurang itulah baru luar biasa,”katanya.


Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan pimpinan kerajaan negeri yang lain.

Menurutnya lagi, maka tidak hairanlah jika 700 tahun lalu, rakyat Terengganu sudah mengucap syahadah dan menerima islam melalui sejarah batu bersurat.

“Bila orang melihat apa yang sedang berlaku di Terengganu pada malam ini, orang akan berkata ini lah agama yang diredhai oleh Allah,” tambahnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: