Wednesday, 19 February 2020

PKM Rantau Abang Gerakkan Kutipan Tabung Terengganu For Yaman

SHARE


Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 19 Februari- Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang mempergiatkan kutipan Tabung Terengganu For Yaman  sebagai tanda sokongan kepada prihatinan kerajaan negeri terhadap kesengsaraan rakyat Yaman.

ADUN Rantau Abang, Alias Harun berkata, pihaknya menggerakkan kutipan tersebut di lokasi yang menjadi tumpuan ramai

“Memang sepatutnya kita sesama islam membantu meringankan kesengsaraan mereka.

"Pakat - pakat memberi sumbangan sebagai tanda kasih sayang kita kepada mereka, umpamakan cubit peha kanan, peha kiripun terasa sakit, tidak semestinya banyak,” ujarnya ketika berucap melancarkan kutipan Tabung Terengganu For Yaman di Tapak Pasar Malam Batu 48 dekat sini, baru-baru ini.

Selain tapak Pasar Malam Batu 48, pihak PKM  juga turut mengadakan kutipan di Pasar Malam Pulau Serai Pasar Malam Taman Rakyat Jaya serta di masjid-masjid dan di surau-surau di DUN tersebut.

Katanya, diharapkan sumbangan daripada orang ramai dapat mengurangkan sedikit penderitaan puluhan juta rakyat Yaman yang berada dalam keadaan terkesan, kemiskinan begitu ketara dan mendiami kem-kem pelarian di bumi sendiri akibat daripada peperangan saudara yang berlaku di negara mereka.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: