Sunday, 2 February 2020

PKM Baiki Rumah Daif

SHARE



Oleh : Khairan Mat Jusoh

MARANG, 2 Februari – Usaha Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Pengkalan Berangan  mengambil insiatif memilih  mana-mana kediaman yang daif di kawasan Pengkalan Berangan untuk dibaiki sewajarnya dipuji.

Langkah itu dijalankan secara berperingkat-peringkat atau bergantung kepada peruntukan yang ada.

Kediaman yang disenaraikan itu  termasuk milik  Aziki Zahari , 43  di Kampung Serating Merchang, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong berkata, alhamdulillah pada petang ini (semalam) Pejabat DUN Pengkalan Berangan dengan kerjasama penyelaras Pemuda DUN Pengkalan Berangan berjaya membaiki rumah Aziki.

“Keadaan rumah itu sangat uzur, perlu dibaiki segera untuk keselesaan Aziki bersama isteri dan tiga orang anak,” ujar beliau ketika ditemui pada program itu.

Dalam tumpuan sama, Sulaiman turut memperkenalkan program itu dan meletakkan hasrat untuk memastikan bantuan atau pertolongan yang seumpama itu akan sampai ke sasaran.

"Kita juga mengharapkan bantuan daripada agensi-agensi, badan-badan, syarikat-syarikat swasta mahupun mana-mana individu untuk bersama-sama dengan kita bagi menjayakan projek "Pakkat Carre" ini, yang disenaraikan terlalu banyak di peringkat DUN Pengkalan Berangan."  Jelas beliau lagi.

Projek itu merupakan yang pertama bagi tahun 2020  dan banyak lagi kerja-kerja projek ini akan dapat diselesaikan pada tahun ini.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: