Sunday, 2 February 2020

'Penyokong Terengganu, Ayuh! Penuhkan Stadium Hoki Petang Ini' - Faizal Saari

SHARE
Faizal Saari.
KUALA TERENGGANU, 2 Februari - Pemain Pasukan Hoki Terengganu (THT), Faizal Saari menyeru penyokong Terengganu memenuhi Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), bagi memberikan sokongan kepada pasukan yang akan menentang pendahulu Liga Hoki Malaysia 2020, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), jam lima petang ini.

Jelasnya, beliau mahukan peminat memberikan semangat kepada pemain dalam misi pasukan untuk merapatkan kedudukan dengan pasukan tersebut.

“UniKL memang salah satu 'team' gergasi dalam liga dan kami menjangkakan perlawanan yang sengit Ahad ini (hari ini).

“Secara peribadi saya rasa kami tidak boleh ketinggalan mata, setiap ‘game’ kami perlu menang dan untuk perlawanan ini kita akan pergi semaksimum mungkin untuk menang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelawanan menentang Maybank, Jumaat lalu.

Katanya, kehadiran penyokong bakal meningkatkan semangat pasukan yang beraksi sebagai tuan rumah.

Kehadiran penyokong amat diharapkan lebih-lebih lagi MBKT tidak mengenakan sebarang bayaran masuk ke stadium. 

Antara aksi pemain THT, Fitri Saari dalam perlawanan menentang Maybank.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: