Wednesday, 12 February 2020

Orang Awam Perlu Patuhi Ketetapan Pengambilan Ubat-Ubatan

SHARE
Dr. Farhaana bertanyakan keadaan salah seorang penduduk yang diziarahi.
Oleh: Akid Hafriz

KUALA TERENGGANU, 12 Februari - Masyarakat setempat perlu diberi penekanan tentang kepentingan mematuhi ketetapan pengambilan ubat-ubatan yang disediakan oleh pihak hospital mahupun klinik.

Pengamal perubatan, Dr. Farhaana Husainy Hasbullah berpandangan bahawa hal ini disebabkan pengambilan ubat-ubatan yang tidak mengikut ketetapan akan mengakibatkan komplikasi buruk kepada pesakit.

“Penyakit kencing manis dan darah tinggi sukar dikawal sekiranya makan ubat tidak mengikut aturan yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), sewaktu menyertai program ziarah kebajikan di Kampung Padang Gong Pak Maseh, kelmarin.

Pemeriksaan kesihatan turut dijadikan rutin dalam program.

Beliau yang merupakan Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, turut mengingatkan pesakit agar meneruskan pemeriksaan kesihatan secara berkala mengikut janji temu yang ditetapkan samada di hospital mahupun di klinik.

Dalam program berkenaan, beliau turut menziarahi beberapa warga emas dengan pelbagai jenis penyakit kronik seperti kencing manis dan hipertensi (tekanan darah tinggi).

"Selain ziarah dan menyampaikan bantuan, kita juga melakukan pemeriksaan kesihatan dan berikan khidmat nasihat kesihatan kepada pesakit," katanya.

Program selama setengah hari itu dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk dan pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Padang Gong Pak Maseh bagi mendekati dan menyelami kehidupan penduduk setempat di DUN tersebut.

Add caption






Program ziarah tersebut turut disertai oleh
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: