Tuesday, 18 February 2020

Manfaat Masa Dengan Aktiviti Sukan

SHARE

Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 18 Februari- Anak muda digalak mengisi masa terluang dengan melakukan aktiviti riadah dan bersukan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Alias Harun berkata, selain menyihatkan badan bersukan juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

"Walaupun begitu ketika kita bersukan contohnya bermain futsal, solat  kita kena jaga jadi perlu sesuaikan masa bermain dengan waktu solat," ujarnya.

Nasihat itu disampaikan beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Futsal Tertutup Bukit Merah di sini.

Alias turut mengingatkan agar anak muda turut menitikberatkan soal menutup aurat ketika bersukan.

" Dalam bermain, tidak kira sukan apa sekalipun mestilah patuh syariah, di samping bermain halal haram kita jaga," ujarnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: