Thursday, 6 February 2020

LTdL 2020 : Harrif Saleh Laung Amaran Awal

SHARE
Harrif Saleh.

KUALA TERENGGANU, 6 Februari - Pelumba handalan pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh melaungkan amaran awal apabila berjaya merangkul tempat kedua dalam aksi pemanas sebelum jelajah sebenar PETRONAS Le Tour De Langkawi (LTdL) 2020 bermula esok.

Dalam acara Kriterium Antarabangsa Malaysia sejauh 90 kilometer yang berakhir sebentar tadi, Harrif berada di kelas tersendiri untuk mengatasi 112 peserta lain.

Dengan hanya ketinggalan beberapa saat di belakang jaguh Jerman, Maximilian Richard Walscheid, Harrif pastinya sudah bersedia bagi mengharungi peringkat pertama di Kuching, Sarawak.


Pada Sabtu ini, Terengganu akan menjadi tuan rumah dalam saingan berprestij antarabangsa itu dengan jarak 175.5 kilometer dari Kuala Terengganu ke Kerteh.

Untuk saingan LTdL kali ke-25 ini, TSG menampilkan lima pelumba, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki, Mohd Harrif Saleh, Metkel Eyob, Artem Ovechkin, Drew Morey dan Carlos Quintero untuk merebut kejuaraan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: