Tuesday, 25 February 2020

Liqa’ i-MiTS Setiu Selaras Kefahaman, Tindakan Petugas

SHARE


Oleh : Fahmi Izzuddin

SETIU, 25 Februari - Sudah menjadi rutin bulanan bagi Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Parlimen Setiu mengadakan Liqa’ i-MiTS bagi menyelaraskan kefahaman dan tindakan petugas.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman berkata, program yang menghimpunkan semua pegawai dan kakitangan i-MiTS di daerah itu melibatkan empat DUN iaitu Batu Rakit, Langkap, Permaisuri dan Jabi.

“Program ini sangat penting kerana kita semua adalah penghubung bagi rakyat dengan pihak kerajaan negeri, malah beberapa perkara mampu diselesaikan dalam masa yang singkat hasil usaha kita bersama.

“Tambahan pula, sebagai sebuah agensi yang sentiasa berhadapan dengan masyarakat, sememangnya pelbagai kerenah dan ujian yang sentiasa menguji kesabaran kita dalam menjalankan tugas,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Kompleks Tarbiyyah Luqmanul Hakim, Kampung Guntung Luar, di sini semalam.

Majlis perasmian penutup Liqa’ tersebut disempurnakan oleh Pengarah i-MiTS, Kamaruzaman Abdullah.

Kamaruzaman dalam ucapannya berharap agar aktiviti seperti itu diteruskan pada masa akan datang dan menasihatkan agar semua kakitangan sentiasa memberi komitmen tinggi terhadap tugasan yang telah dipertanggungjawabkan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: