Thursday, 6 February 2020

Lebih 20,000 Bakal Banjiri Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu

SHARE

KUALA TERENGGANU, 6 Februari - Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera yang menampilkan dua tokoh dakwah kesayangan ummah di negara ini dijangka mampu menarik minat kira-kira 20,000 peminat dan penduduk.

Dua tokoh terkemuka itu adalah Ustaz Abdul Somad, berasal dari Indonesia dan Ustaz Azhar Idrus.

Program anjuran Akademi Didik Ulamak Amilin Terengganu (DUAT) itu bermula kira-kira jam 7.00 malam, sebelum  berakhir pada 12.00 tengah malam.

Lokasi himpunan diadakan di  Dataran Drawbridge, Hujung Tanjung Seberang Takir, Kuala Nerus pada 8 Februari (Sabtu) ini.


Pengarah DUAT, Muhammad Ramlan Mahmood, Ustaz Abdul Somad dan Ustaz Azhar Idrus adalah tokoh yang sudah dikenali ramai dan disegani pelbagai pihak.

“Jadi untuk mencapai sasaran lebih 20,000 pengunjung untuk hadir  ke himpunan itu insya-Allah tidak menjadi masalah.

“Berdasarkan pengisian yang dirancangkan, program itu akan dimulakan dengan Kuliah Maghrib yang disampaikan Ustaz Azhar Idrus sebelum berakhir dengan acara kemuncak iaitu Ceramah Perdana oleh Ustaz Abdul Somad,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung melalui TV Darul Iman di Pejabat Urusetia Penerangan Darul Iman, petang ini.

Himpunan itu dijangka dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: