Thursday, 6 February 2020

‘Kerajaan Terengganu Tidak Pernah Pinggir Kaum Minoriti’ - Ahmad Shah

SHARE
Ahmad memberikan angpau kepada penduduk Tionghua.


Oleh: Shahril Nizam

KUALA TERENGGANU, 6 Februari – Kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan kaum minoriti yang terdapat di Terengganu dan tidak akan sekali-kali mengenepikan kewujudan serta hak mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed menyatakan rasa bertuah kerana suasana sambutan Tahun Baharu Cina di negeri itu, khususnya di Kuala Terengganu dapat disambut dalam keadaan aman dan sejahtera.

“Ini semua adalah kurnian daripada Tuhan melalui kerjasama dari semua pihak. Kita mahu melihat masyarakat kita, tidak kira samada kaum Cina, Melayu dan India di sini dapat hidup dalam suasana aman damai, saling berkerjsama, hormat menghormati di antara satu sama lain.

“Walaupun bilangan masyarakat Cina di Kuala Terengganu adalah minoritI, tetapi kalian adalah antara penyumbang kepada kesejahteraan dan kemajuan Negeri Terengganu. Oleh yang demikan kami tidak akan sekali-sekali melupakan kalian,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Tiong, Selasa lalu.
Ahmad Shah.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.

Hadir sama meraikan program itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi; Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam kepada Menteri Besar, Dr. Balachandran Gopal Krishnan dan ADUN Wanita, Zuraida Mohd Noor serta wakil-wakil pertubuhan kaum Tionghua.

Tambah Ahmad Shah, majlis yang diadakan juga merupakan bukti bahawa kerajaan yang memerintah dari Parti Islam Semalaysia (PAS) tidak mengenepikan kaum Cina, India mahupun yang lain di Negeri Terengganu.

“Tuan-tuan dan puan-puan adalah rakyat negeri ini dan berhak untuk sama-sama hidup di bumi Terengganu dalam suasana aman damai dan sejahtera,” katanya.
Antara kepimpinan negeri yang hadir meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama masyarakat Kampung Tiong.





SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: