Thursday, 27 February 2020

Kemelut Politik Negara Tidak Ganggu Kerjasama Agensi Bantu Rakyat

SHARE



Oleh: Aslam Wira

MARANG, 27 Februari – Kemelut politik negara yang berlaku hari ini tidak menggangu dan membataskan kerjasama antara agensi-agensi untuk memberikan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.

“Kerjasama daripada Pejabat Dewan Undangan Negeri ( DUN)   Rhu Rendang bersama-sama beberapa agensi penting sama ada dari kerajaan negeri dan pusat tetap diteruskan.

“Antaranya adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat Marang, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Pejabat Kesihatan Marang, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Pejabat Daerah Marang dan Tabung Darul Iman (TDI).

Penyelia DUN Rhu Rendang, berkata Nasaruddin Samsudeng, berkata  walaupun dalam situasi negara sedang berdepan dengan masalah politik, perkara yang sebetulnya masih perlu diteruskan tanpa mengira latar belakang parti.

“Ini adalah tanggungjawab kami yang perlu dijalankan kerana keperluan mereka lebih penting lebih-lebih lagi mereka yang ditimpa musibah penyakit kronik dan masalah kesempitan hidup seperti dua penduduk yang baru diziarahi.

Beliau berkata ketika selesai menziarahi dua orang penduduk yang menerima bantuan dan sumbangan di kampung Sentul Patah dan Medan Jaya, kelmarin.

Terdahulu, kunjungan daripada agensi terbabit adalah merupakan salah satu program membasmi kemiskinan yang dipanggil ‘Focus Group, Mobile Team’ melibatkan kawasan Rhu Rendang.

Antara beberapa bentuk bantuan diberikan kepada dua penduduk tersebut adalah, bantuan perubatan, dan bantuan am bulanan daripada agensi terbabit.

Pejabat Kesihatan juga mempunyai bantuan yang dipanggil PEKA B40, di mana bantuan perubatan tersebut diperuntukkan kepada penerima sebanyak RM 20,000.00 seumur hidup sekiranya layak.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: