Sunday, 16 February 2020

Kembalikan Minat Generasi Muda Untuk Bersukan

SHARE


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN,16 Februari- Usaha bagi mengembalikan minat anak muda kepada aktiviti sukan menjadi salah satu mekanisme  pembangunan anak muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi.

Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman berkata, langkah berkenaan sebagai galakkan menumbulkan kesedaran kepada anak muda didalam apa jua jenis sukan.

“Kerana bersukan ini merupakan satu aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh kita, bagi menyihatkan tubuh badan.

“Usaha ini juga adalah bagi menyuntik kesedaran anak muda pada masa kini yang terlalu obses menggunakan gajet sehingga menghakiskan ukhwah sesama sendiri ,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan majlis penutup kejohanan Sepak Takraw Tertutup DUN Bukit Besi, di Gelanggang Sepak Takraw Felda Jerangau, anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jerangau A, semalam.

Turut hadir, Pengerusi MPKK ketiga-tiga cawangan Felda Jerangau, serta Ketua Pemuda PAS DUN Bukit Besi, Mohd Ridhuan Yusoff.

Ghazali berkata, bukanlah menjadi satu kesalahan penggunaan gajet pada masa kini, namun perlulah berpada.

Pada kejohanan tersebut, pasukan Pokok Pelam memenangi tempat pertama dan membawa pulang wang tunai RM 300, naib johan dirangkul Seri Bangun dengan hadiah wang tunai sebanyak RM150, Padang Ping D serta Felda Jerangau A berada di tempat ketiga serta keempat memenangi wang tunai sebanyak RM60.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: