Saturday, 29 February 2020

Kejohanan Hanelang 7S Buka Gelanggang Hari ini

SHARE


KUALA TERENGGANU, 29 Februari-Kejohanan Ragbi Jemputan Bawah 21 Tahun- Hanelang 7S membuka tirainya, pagi ini.

Bertempat di Padang Ragbi, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, kejohanan tersebut menampilkan 20 pasukan melibatkan 12 pasukan lelaki dan 8 pasukan perempuan yang bersaing dalam acara ragbi tujuh sepasukan.

Persatuan Ragbi Negeri Terengganu dan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) sebagai badan penganjur mengadakan Hanelang 7S untuk pendedahan dan memberi peluang sama rata kepada setiap pasukan bertanding yang kini dalam persiapan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2020 di Johor, Julai nanti.

Bermula sejak 8.00 pagi tadi, perlawanan akan berlangsung sehingga jam 6.00 petang ini. Kejohanan berkenaan akan berakhir esok petang.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: