Sunday, 2 February 2020

Isu Pemilikan Tanah Bukit Jelutong Belum Selesai

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 2 Februari- Isu pemilikan tanah Bukit Jelutong sebahagian penduduk di Bukit Jelutong masih belum selesai untuk mendapatkan geran kekal walaupun sudah lama menduduki  dan mengusahakan tanah berkenaan.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, ianya masih dalam proses bagi mendapatkan geran kekal.

“Cadangan kita untuk diselesaikan dengan cara memohon melalui Rancangan tanah Berkelompok (RTB) atau E-Mohon dapat disegerakan.

“Antara hasil tinjauan kita ada antara rumah yang didirikan tidak diduduki empunya kediaman berkenaan, sehingga generasi kedua pun tidak mampu tinggal  kerana masalah berkaitan milikan tanah sehingga dibiarkan begitu sahaja, “ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, ketika meninjau kawasan Bukit Jelutong, di Kampung Batu Sawar.

Turut serta, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN berkenaan, Khaziman Khalik.

Jelas Ghazali, Bukit Jelutong juga direkodkan oleh pihak Pentadbir Tanah Daerah (PTD) sebagai RTB terkilan.

“Kita juga dapati ada peserta yang berdikari dengan bercucuk tanam diatas tanah berkenaan.

“Alhamdulillah, kita minta biar aktiviti itu diteruskan sehingga mendatangkan hasil pada tanah yang diusahakan dengan penuh kesungguhan sehingga selesai masalah milikan, “ jelasnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: