Thursday, 27 February 2020

Islam Tidak Larang Hiburan

SHARE


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 27 Februari- Islam tidak melarang apa jua jenis hiburan malah meraikan fitrah semula jadi masyarakat yang menyukai apa jua bentuk hiburan ataupun sastera.

Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr.Ridhuan Mohd Nor berkata, walaubagaimanapun hiburan berkenaan mestilah mematuhi syariat serta tidak melanggar hukum serta peraturan ditetapkan oleh Islam.

“Perlu melakukan penyaringan terhadap hiburan yang mana dibolehkan serta yang mana tidak dibolehkan,” ujarnya.


Beliau berkata demikian pada program Liqa Fikri yang diadakan di Peringkat Pemuda PAS DUN Bukit Besi, di Surau Seren, baru-baru ini.

Bagi menguatkan lagi bahawa hiburan dibenarkan didalam Islam katanya terdapat penghibur di zaman silam yang menggunakan syair yang indah memuji kebesaran Allah serta membangkitkan semangat jihad.

“Juga ulama nusantara ‘Wali Songo” turut menggunakan pentas seni dan hiburan untuk berdakwah,” ujarnya.

Justeru katanya, insiatif mengadakan program berbentuk hiburan didalam berdakwah agar menjadi tarikan masyarakat umum tidak menjadi kesalahan sebaliknya perlu mematuhi syariat ditetapkan Islam.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: