Thursday, 27 February 2020

Islam Menjaga Kesejahteraan Masyarakat

SHARE


Oleh: Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU, 27 Februari- Islam ternyata suatu agama yang sangat menitikberatkan anggota masyarakat agar mengekalkan keharmonian serta kesejahteraan dalam kehidupan.

Mufti Negeri Terengganu, Dr. Zulkifly Muda berkata, bagi menjaga kesejahteraan dan keharmonian Islam mengharamkan beberapa perkara.

“Sebagai contoh Islam mengharamkan arak, memang betul (terbukti) kita dapat lihat  pemabuk-pemabuk menyebabkan pelanggaran kesejahteraan manusia dengan berlakunya kemalangan dan membawa kematian serta timbul rasa tidak puas hati daripada keluarga mangsa.

“Ini menunjukkan bahawa Islam apabila mengharamkan arak, maka kita nampak kesejahteraan di sebaliknya.


Beliau berkata demikian, ketika bersiaran langsung di TV Darul Iman, ketika Program Bicara Mufti, hari ini.

Katanya, apa yang berlaku di China juga menjadi pengajaran dan iktibar bahawa larangan memakan binatang seperti kelawar mengundang kepada ‘Corona Virus’ Covid 19 yang membawa penderitaan mengakibatkan kematian masyarakat negara berkenaan.

“Apabila Islam mengharam perkara itu memang Islam hendak supaya manusia ini sejahtera dan mendapat keharmonian dalam kehidupan,” ujarnya.

Katanya, kekerasan hati membawa kepada segelintir umat Islam sukar mengikuti segala peraturan.

 Justeru beliau mengingatkan umat Islam agar sentiasa meningkatkan ibadat yang wajib mahupun  sunat, sentiasa sentiasa berdoa serta melazimi ‘istighfar’ agar lembut hati mengikut segala peraturan, undang-undang serta sistem  ditetapkan Islam.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: