Sunday, 16 February 2020

i-MiTS Bantu Kerajaan Mudahkan Urusan Rakyat

SHARE


Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 16 Februari -Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) merupakan ‘pembantu kerajaan’ terutamanya bagi memudahkan urusan rakyat.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Alias Harun berkata, ianya termasuk peranan i-MiTS dalam memastikan rakyat mendapat manfaat segala skim bantuan yang disediakan kerajaan.

“Pelbagai karenah rakyat perlu diterima seadanya dan setiap halangan di dalam melaksanakan tugas adalah satu perkara biasa dan dapat diselesaikan dengan sentiasa berbincang," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelepasan Kakitangan i-MiTS DUN Untuk Program Pencambahan Minda (Brainstorming), baru-baru ini.

Katanya, kerjasama yang erat dan saling bantu membantu akan memudahkan kerja.

"i-MiTS adalah antara nadi penting di dalam mengekalkan kerajaan yang ada hari ini untuk terus memerintah negeri Terengganu yang kita cintai di masa akan datang, jadi laksanakan amanah ini dengan semampu kita," jelasnya.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: