Saturday, 8 February 2020

Himpunan Daie : Redah 500 KM Demi Daie Nusantara

SHARE

Oleh : Hailmey Mansor

KUALA NERUS, 8 Februari - Demi secangkir ilmu, seorang pemuda sanggup meredah hampir 500km menaiki motosikal untuk mengikuti Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera (HDUNTS) di pekarangan Jambatan Angkat (Drawbridge) malam ini.

Afifi Zhakwan Mohd Nazeri.
Afifi Zhakwan Mohd Nazeri, 24, lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, dia ingin melihat secara dekat Daie Nusantara iaitu Ustaz Abdul Somad dan Ustaz Azhar Idrus yang menjadi idolanya.

"Saya bonceng motosikal seorang diri dari Kuala Lumpur ke Terengganu untuk mendengar dan mengikuti secara dekat Ustaz Abdul Somad ini.

"Selain itu, boleh juga melihat secara dekat ikon terbaharu negeri Terengganu iaitu Drawbridge yang kini popular hampir seluruh negara," ujarnya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di perkarangan lokasi, di sini malam ini.

Abdul Hadi Haron.
Sementara itu, bagi Abdul Hadi Haron, 27, dia berkongsi rasa seronok apabila dapat membonceng motor secara beramai-ramai dan dapat bersama dai yang disayangi oleh semua rakyat.

"Seronok la bila dapat konvoi dengan dai yang dikenali ramai ni.

"Kita jadi koho (semakin) semangat bila dapat konvoi beramai-ramai ni," ujarnya.

Konvoi yang diketuai oleh Pengarah Urusetia Belia,Sukan dan NGO, Ustaz Nasir Abdul Razak, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzzaman Abdullah dan Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Soud Said.

Program ini menghimpunkan dai yang popular iaitu Ustaz Azhar Idrus iaitu ikon anak muda negeri Terengganu dan Ustaz Abdul Somad yang cukup dikenali dan berpengaruh di Indonesia.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: