Tuesday, 25 February 2020

Galak Anak Muda Bersukan

SHARE


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 25 Februari- Anak muda digalak aktif bersukan selain mengamalkan rutin kehidupan yang positif.

Penyelaras Pemuda Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Mohd Ridhuan Yusoff berkata, perkara berkenaan tidak sesekali dipandang remeh di peringkat kerajaan.

"Kerana itu apa jua keperluan anak muda untuk beriadah dan bersukan kita cuba penuhi termasuklah keperluan untuk mendapatkan jaring, bola dan sebagainya.

"Supaya mereka dapat meneruskan aktiviti sihat selain keakraban serta jalinan persahabatan antara mereka terjalin kukuh," ujarnya kepada pemberita ketika menyantuni anak muda di Kampung Shukor, baru-baru ini.

Katanya, anak muda juga diingatkan agar memakai pakaian bersesuaian ketika melakukan aktiviti riadah.

"Kita sangat menitikberatkan dari sudut pemakaian agar menutup aurat serta patuh pada syariat serta tidak mengabaikan solat.

"Dengan harapan agar segala perkara yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam serta mematuhi setiap suruhanNya akan melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akhlak, yang akhirnya menjadi sebab berlaku keharmonian didalam masyarakat," ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: