Monday, 3 February 2020

DUN Kuala Besut Dominasi Bola Sepak

SHARE

Oleh: Saifullah Jusoh
Foto: Afiq Zohir

BESUT, 3 Februari- Pasukan Bola Sepak Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut mendominasi kejohanan Bola Sepak Piala Penyelaras Parlimen Besut 2019 pada tahun ini.

Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, kedua-dua pasukan dari DUN tersebut bakal berentap di perlawanan akhir kejohanan tersebut pada 4 Februari di Padang Astaka Jerteh.

"Pasukan DUN Kuala Besut A bejaya menewaskan pasukan Kota Putera A di perlawanan separuh akhir dengan jaringan 2-1.

"Manakala pasukan Kuala Besut B berjaya menewaskan pasukan Kubang Bembam melalui penentuan sepakan penalti," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas menyaksikan perlawanan separuh akhir, di sini, pada semalam.

 Turut hadir ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Besut, Hakim Zulfikri.

Menurutnya, beliau melahirkan rasa gembira apabila kedua-dua pasukan DUN Kuala Besut layak ke perlawanan akhir.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemain dan pengurus pasukan yang bertungkus lumus bagi memastikan pasukan DUN Kuala Besut layak ke perlawanan akhir.


“Saya berharap penduduk DUN Kula Besut dapat hadie bagi memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing pada perlawanan akhir nanti," jelas Azbi.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: