Tuesday, 4 February 2020

Celoteh PU Rahmat ‘Pukau’ Penonton

SHARE
Pengunjung khusyuk mendengar kuliah daripada PU Rahmat.
Oleh: Fahmi Izzuddin

SETIU, 4 Februari - Celoteh Pencetus Ummah (PU) Rahmat dalam Kuliah Dhuha di Tapak Pasar Tani Bandar Permaisuri hari ini mendapat sambutan menggalakkan 
daripada masyarakat setempat.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman berkata, kehadiran selebriti agama sangat menarik minat orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

“Setiap minggu kita akan atur penceramah yang berbeza dan hebahan kita maklum dari semasa ke semasa di samping hebahan melalui media sosial.

“Insya-Allah, kehadiran golongan ilmuan yang mempunyai pelbagai gaya penyampaian dapat memahamkan orang ramai tentang agama.

“Kita mengharapkan majlis ilmu seperti ini terus kekal bagi memberi kefahaman ilmu agama kepada masyarakat setempat dan dalam masa yang sama kepada mereka yang berkunjung ke pasar tani ini,” ujarnya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).

PU Rahmat.
Program yang berlangsung selama satu jam bermula pukul 9.30 pagi itu berjaya menarik ramai pengunjung ke pasar tani itu.

Kuliah Dhuha yang dianjurkan Pusat Khidmat Parlimen Setiu mendapat kerjasama pelbagai jabatan kerajaan seperti Pejabat Daerah Setiu, Majlis Daerah Setiu, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Parlimen Setiu dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Permaisuri.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: