Saturday, 15 February 2020

'Api Marak Tak Sampai Lima Minit'

SHARE
Keadaaan rumah Melati hangus terbakar.


Oleh : Akid Hafriz

KUALA TERENGGANU, 15 Februari – Itu luahan mangsa, Melati Yusof, 53, ketika menceritakan keadaan sewaktu rumahnya terbakar kira-kira jam 12.30 pagi tadi.

Menurutnya, kejadian tersebut pada awalnya disedari oleh anak perempuannya yang terhidu bau hangit berpunca dari sebuah bilik di dalam kediamannya yang terletak di Kampng Gong Parit.

“Selepas Natasha (anak) buka pintu bilik itu, dia lihat api sedang marak dengan cepat dan kami bertindak menyelamatkan diri.
Khalil berbincang dengan keluarga terbabit berkaitan kebakaran tersebut.


“Kami tidak sempat membawa apa-apa barang keluar dan hanya sempat alihkan kereta dari rumah”, katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di lokasi selepas kejadian itu.

Melati yang merupakan pengusaha kedai makan di kampung itu bagaimanapun bersyukur kerana keempat-empat ahli keluarganya yang berada di rumah ketika itu selamat tanpa sebarang kecederaan.

Sementara itu, Ahi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang hadir sama bagi melihat keadaan rumah mangsa memaklumkan pihaknya akan cuba untuk membantu mangsa dalam menghadapi musibah itu.
Muhammad Khalil ketika meninjau keadaan rumah mangsa.
"Terima kasih diucapkan kepada pihak bomba yang bertindak tangkas memadamkan api  dan memastikan ia tidak merebak ke rumah-rumah yang berdekatan," katanya.

Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Batu Buruk, Salleh Abdullah dan wakil daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Gong Parit.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: