Wednesday, 12 February 2020

Anak Muda Perlu Manfaat Peluang Ditawar Kerajaan

SHARE


Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 12 Februari- Penawaran lot rumah kediaman oleh kerajaan negeri kepada rakyat Terengganu berusia 21 tahun ke atas perlu diambil peluang golongan anak muda di Bukit Besi.

Mohd Khairul Anan, 24, berkata syarat berkenaan ternyata menyebelahi golongan anak muda di negeri ini.

“Kerana kita sedia maklum memang anak muda perlukan rumah, ianya sesuatu yang terbaik.

“Kepada saya sendiri memang saya amat memerlukan rumah , sudah tentu ianya membantu anak muda merancang kehidupan sempurna selepas berkahwin,” ujarnya ketika ditemui pemberita, pada sesi taklimat Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Sungai Bel, di Dewan Terbuka Orang Ramai, Kampung Tersusun Rantau Panjang, baru-baru ini.

Pertemuan diadakan itu melibatkan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman bersama Pentadbir Tanah Daerah.


Sementara itu, bagi Ainun Athirah Azman, 22, turut berpendapat peluang diberikan kerajaan merupakan langkah yang baik kepada anak muda sepertinya.

“Menjadi tanda bahawa kerajaan tidak meminggirkan keperluan anak muda serta mencaknai kami di Negeri Terengganu," ujarnya.

Terdahulu, Ghazali didalam taklimat RTB berkenaan berkata pihaknya sedia maklum dengan keperluan anak muda Bukit Besi dan didapati peratus tertinggi adalah anak muda yang ingin mendapat rumah.

“Justeru, kita telah kenalpasti serta akan ketengahkan untuk dibina Rumah Mampu Milik (RMM) di RTB AMBS sejahtera yang didalam proses untuk diangkat kepada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terenggau selepas ianya diluluskan di peringkat Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD).

“Semoga ianya akan dipermudahkan segalanya serta akan melalui proses yang cepat demi kebaikan dan kesejahteraan anak muda DUN Bukit Besi,” ujarnya.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: