Thursday, 6 February 2020

Abdul Hadi Rasmi SRIDQ Terengganu

SHARE

MARANG, 6 Februari - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang tiba di Sekolah Rendah Islam Darul Quran (SRIDQ) bertempat di Masjid Rhu Muda pagi tadi bagi merasmikan bangunan sementara sekolah berkenaan.

Ketibaan beliau bersama isteri, Datin Seri Norliza Taat disambut Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Hassan Awang serta kepimpinan tertinggi PAS Marang.


SRIDQ yang memulakan sesi pembelajaran pada 1 Januari lalu, kini mempunyai 37 pelajar dengan enam tenaga pengajar serta tiga kakitangan sokongan.

Hassan dalam ucapannya berkata,  SRIDQ merupakan salah satu daripada rangkaian sekolah-sekolah agama milik Dewan Ulama PAS Terengganu.


“SRIDQ akan beroperasi di bangunan sementara yang terletak bersebelahan Masjid Rhu Muda ini sementara menunggu bangunan rasmi siap dibina di Bukit Kor.

“Buat masa ini hanya dua kelas dibuka kepada pelajar Tahun Satu sahaja,”  ujarnya ketika berucap di majlis berkenaan.

Katanya, SRIDQ merupakan sekolah yang menekankan pendidikan agama dan al-Quran tanpa mengabaikan bidang akademik.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: