Sunday, 23 February 2020

2800 Peserta Sertai Kayuhan Shimano Fellowship Ride 2020

SHARE



Oleh: Wan Luqman Hakim

KUALA TERENGGANU, 23 Februari- Seramai 2800 peserta menyertai kayuhan Shimano Fellowship Ride 2020 di Taman Rekreasi Batu Buruk, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri,Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penyertaan kali ini meningkat  daripada tahun-tahun sebelumnya melibatkan  bukan sahaja dari Malaysia, tetapi juga  peserta daripada luar negara seperti Thailand dan juga Singapura.

Katanya, kayuhan ini juga dapat memberikan nilai ekonomi kepada negeri  dan rakyat Terengganu khususnya malah hotel-hotel, peniaga-peniaga industri kecil dan sederhana mendapat sumber pendapatan di atas program kayuhan yang dianjurkan oleh TSG Shimano Fellowship Ride.

“Saya juga difahamkan, diantara kejayaan TSG pada musim 2019 telah tercipta apabila TSG dinobatkan pasukan terbaik seluruh ASIA 2019 yang mana mengulangi kejayaan yang dicipta pada tahun sebelumnya dan juga dinobatkan pasukan Benua Terbaik Dunia 2019.

“Lebih membanggakan, pasukan TSG juga telah berjaya memduduki tempat ke-28 dunia daripada 214 pasukan yang bertanding dalam kelendar UCI termasuk Alaskan 'Pro Continental' dan 'Pro Tour' yang mana di atas kemenangan ini, nama Terengganu terus melonjak di mata dunia.

“Saya juga berharapkan agar pelumba-pelumba dan seluruh pengurusan pasukan TSG dapat memberikan usaha seratus peratus untuk meneruskan lagi rentak kemenangan TSG pada masa hadapan. Harapan untuk mengekalkan kedudukan TSG sebagai Pasukan Benua Terbaik Dunia dapat diteruskan sehingga tahun 2020,’’ ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelepasan Kayuhan Shimano Fellowship Ride 2020 di Taman Rekreasi Batu Buruk.



Wan Sukairi juga berkata aktiviti kayuhan ini merupakan salah satu cara senaman yang memberikan banyak faedah kesihatan.

“Kajian menyatakan dengan mengayuh basikal ke tempat kerja, dapat membakar sehingga 1050 kalori.

“Selain itu, dengan berkayuh juga dapat memberikan faedah kesihatan mengurangkan risiko penyakit dan dapat merehatkan minda. Berbasikal juga secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit tekanan darah tinggi yang membawa kepada pengurangan serangan jantung sebanyak 50 peratus,”ujarnya.



SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: