Tuesday, 28 January 2020

Walau Berbeza Pegangan Politik, Peruntukan Terus Disalur

SHARE
Dr Azman Ibrahim.
Oleh: Hidayah Azlin 

SETIU, 28 Januari - Walaupun berbeza fahaman dan pegangan politik, peruntukan bagi tujuan tertentu terus disalur agar manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh rakyat Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, berdasarkan perkiraan itu, dalam sektor pertanian, kerajaan negeri sentiasa memberikan peruntukan kepada jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan program serta projek yang bermanfaat kepadaa rakyat.

“Antaranya peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan Perikanan untuk program memperkayakan sumber laut serta bantuan peralatan nelayan.

“Manakala peruntukan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang untuk program Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) dan peruntukan tampungan harga duku kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, perbezaan politik yang wujud tidak wajar dijadikan alasan untuk setiap pihak berkelahi sepanjang masa kerana pada akhirnya membebankan rakyat.

“Perkiraan kita, walaupun tugas-tugas tersebut berada di bawah bidang kuasa Jabatan Persekutuan, tetapi yang mendapat manfaat ialah rakyat kita. Maka negeri dan pusat perlu bekerjasama dan berganding bahu.

“Atas dasar ini jugalah, peruntukan Bantuan Am RM250,000 diberikan juga kepada ADUN bukan kerajaan di Terengganu.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: