Sunday, 19 January 2020

UPDI Timba Pengalaman TV AlHijrah

SHARE


Wakil UPDI dan pengurusan TV AlHijrah merakam kenangan bersama. 

KUALA LUMPUR, 19 Januari- Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) berusaha menambah baik perkhidmatan dalam menyampaikan maklumat berkaitan kerajaan Terengganu bagi tahun 2020.

Sehubungan itu, satu kunjungan diadakan ke stesen televisyen terkemuka negara, TV ALHIJRAH dalam rangka meningkatkan mutu penyampaian.

Aswadi Mohamad.
Penolong Pengarah (Operasi), Aswadi Mohamad menyifatkan, UPDI dapat mengambil pelbagai ilmu dan belajar mengenai teknologi terkini daripada syarikat televisyen islamik itu.

"Hasil lawatan kali ini, kita mendapat banyak input dan pengalaman sebagai satu unit yang menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Suasana di konti TV AlHijrah.

"Sepanjang 10 tahun beroperasi, kita melihat banyak idea dari segi segmen yang boleh diangkat daripada stesen televisyen ini dan teknologi yang digunakan akan kita aplikasikan di UPDI nanti," katanya.

Beliau berkata demikian mewakili pengarah UPDI, ketika ditemui selepas kunjungan tersebut, di stesen berkenaan di Kompleks Pusat Islam, di sini, Jumaat lalu.

Penerangan oleh TV AlHijrah tentang konsep penyiaran berita. 

Kunjungan tersebut memperkenalkan tentang pengurusan dan teknologi penyiaran terbaharu yang boleh digunakan di peringkat kerajaan negeri.

Lebih menarik, UPDI yang diwakili Pengarah, Mohd Soud Said turut berkesempatan berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif TV ALHIJRAH, Namanzee Harris mengenai kerjasama antara kedua-dua pihak pada masa akan datang.

Slot mempromosikan Terengganu oleh Exco Pelancongan negeri dan pengarah Tourism Terengganu.

Kunjungan itu juga sebagai salah satu rangka mempromosikan Terengganu melalui slot temu bual di rancangan Assalamualaikum.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: