Wednesday, 22 January 2020

Umat Islam Perlu Hindari Fahaman Sekularisme

SHARE


Oleh : Adli Mohamad /Shahril Aswad

HULU TERENGGANU, 20 Januari – Umat Islam perlu menghindari fahaman sekularisme yang memisahkan aspek agama dan membolehkan sesuatu tindakan atau amalan bebas dari ketentuan agama demi menjaga akidah masing-masing.

Pendakwah Selebriti, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani berkata, umat Islam perlu sedar dan yakin dengan kekuatan Islam.

Tegasnya, jangan sesekali terpengaruh dengan agenda musuh memperkenalkan Islam liberal, sosialis, sekularis mahupun syiah.


"Jangan kita mati disaat kita tidak yakin dengan Islam.

"Semua benda didalam hidup ini dari sekecil-kecil perkara sehingga ke besar-besar perkara adalah dengan Islam. Maka, tolong jaga iman,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Maghrib Khas di Masjid As-Syakirin di Kuala Ping, baru-baru ini.

Turut hadir Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Mohd Safari Abu.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: