Wednesday, 1 January 2020

Tidak Pasang Bunga Api Langkah Penjimatan

SHARE
CANTIK...Drawbridge bercahaya diawal tahun 2020 dilihat dari Duyong Marina Resort Kuala Nerus.
KUALA NERUS, 1 Januari - Kerajaan negeri tidak memasang bunga api untuk gimik sambutan tahun baru 2020 kerana kerajaan mengambil langkah penjimatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, kerajaan membuat cara tersendiri untuk sambutan ambang tahun tersebut dan ia sangat meriah.

Ustaz Ariffin Deraman.
Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan tentang pemasangan bunga api sempena sambutan tersebut di Duyong Marina & Resort di sini awal pagi ini.

Terdapat pemasangan bunga api secara kecil-kecilan di sekitar drawbridge bagaimanapun ia bukan dibuat oleh kerajaan negeri.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: