Tuesday, 28 January 2020

Tiada Lagi Kelibat Ashaari 'The Silent Killer'

SHARE
Ashaari Samsudin (dua dari kiri) dipeluk skuad muda TFC selepas menjaringkan gol.
KUALA TERENGGANU, 28 Januari – Terengganu Football Club (TFC) mengambil keputusan untuk menghormati keputusan bekas pemain berbisa pasukan itu, Ashaari Samsudin yang bertindak bersara daripada dunia bolasepak professional.

Ketua Jurulatih TFC, Nafuzi Zain berkata, keputusan itu terpaksa dibuat kerana ia adalah kehendak Ashaari, 34, meskipun ramai peminat mendesak agar pengurusan bola sepak Terengganu kembali mendapatkan khidmat  pemain yang digelar ‘the silent killer’.

“Bagi saya, dia adalah pemain tempatan yang berkualiti dan sememangnya kami memerlukan khidmat Saha (Ashaari), sejak awal kami telah menawarkan kontrak padanya.

“Tetapi keputusan itu (bersara) telah dibuat olehnya, dan itu pilihannya, kami menghormati keputusan itu,” ujarnya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Dalam pada itu, mengulas tentang kecederaan yang dialami oleh Faiz Nasir, Nafuzi memaklumkan pemain itu sudah dalam proses pemulihan.

“Faiz dijangka akan pulih sepenuhnya menjelang sepak mula Liga Super 29 Februari nanti, dia dah mula berlatih bersama pasukan.

“Mungkin dalam seminggu dua ini Faiz akan cergas seperti biasa dan dapat digandingkan dengan pemain-pemain lain,” jelas beliau.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: